Wednesday, 10 April 2013

Kenangan Manis :)

Salam...

Hoho...baru skrg nk cerita pasal bersalin kan. Sebenarnya, itulah pengalaman paling terindah dan takkan dilupakan sampai bila2.

Once upon a time...hehe..ecewah, ade pulak start cerita macam tu yer..

Pada suatu hari, 15 Mac 2012, nad keluar tanda 'Jepon' di t....s dalam pukul 4 pagi. Bile tgk tanda tu, perasaan nad nervous berbaur happy...Yelah, x sabar nk jumpe baby kan.

Sebelum hari kejadian, nad kn pergi meeting kat BNM, KL sampai larut malam. Terkejar sana, terkejar sini. Sedih uolls...huhu...Mase itu, my wish was ' Entah2 lepas peristiwa nie, nad dh bersalin sebab lasak sangat'. Masa itu, kandungan nad dah 38 minggu yer kawan-kawan. Sampai kan Pengerusi meeting tanya "Bila awak due nih?". Nad jawab " Saya dah nk due, Dato'"...Terus die ckp " Nanti bagitahu saye yer klu dh bersalin". Tp lepas bersalin xdpt bagitahu pon, sebab nad ni ikan bilis je kat cni... :p

Lepas nampak tanda nk bersalin tu, kejut en.hubby. En.Hubby tanya dh nk pergi hospital ke..nad ckp tunggu dulu..Sb Kawan dan Mak pernah bagitahu, jangan pergi awal sangat. Nanti terseksa...Dalam pukul 8 pagi Nad, En. Hubby dan MIL pergi jugak Hospital Putrajaya, sb diaorg risau keadaan Nad.

Bila sampai di sana dan diperiksa, nurse suruh balik sb baru bukak 1 cm. Die siap pesan lagi, "Bila awak dah rasa sakit sampai  x boleh senyum @ dalam masa seminggu xbersalin lagi, baru datang cni balik.."

Dalam masa 3 hari jugak, nad tunggu nak bersalin. Sepanjang tempoh 3 hari tu, nad takde rasa langsung contraction tp tanda 'Jepon' campur lendir je memanjang. Tepat pukul 12 tengah malam, 18 Mac 2012, masa tu nad baru nak masuk tidur. Tengah baring, tiba2 bunyi 'POP!!' dan basah baju tidur nad. Rupe2nye air ketuban nad pecah sendiri. Immediately, kejut En.Hubby dan mak nad untuk prepare pergi hospital.

Sampai jer kat hospital, macam biasa nurse dan doctor buat pemeriksaan. Mula-mula tu, diaorg ckp xde katil kosong di Hospital Putrajaya dan nk refer ke Hospital Kajang. Nad xnak ke sana sb jauh. Nanti susah En.Hubby dan Mak nk lawat. Klu boleh nak refer di Hospital Serdang tp diaorg ckp xboleh...Tp Alhamdullillah, ade berita baik. Tiba2 ada katil kosong di Hospital Putrajaya, Wad 2A. Masa itu, doctor bagitahu condition nad. Die cakap nad dh dalam tempoh nak deliver. Disebabkan ketuban nad pecah sendiri, doctor bg masa 24 jam untuk bersalin untuk bersalin biasa. Kalau lebih daripada tempoh tu, kena 'Induce"...huhu

Dalam pukul 12.45 tengahari, bukaan nad dah 3cm. tp contraction ckit2 jer. Tanpa diberi makan tengahari, nad dh disuruh pergi labour room untuk persediaan deliver. Masa tu ingatkan, nad takkan kena 'Induce' sb kurang 24 jam tempoh bersalin. Tapi doctor decide beri 'ubat Induce' sikit untuk bukaan cepat terbuka. Dalam pukul 3 petang, sakit  kena Induce mula dirasai. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui bagaimana rasanya kena 'induce' tu. Sakit sangat2..Bila  dah kena 'Induce' rasa tulang belakang patah. Mujur sakit tu tidak berpanjangan.Dalam pukul 6 petang macam tu, proses bersalin bermula.

Memandangkan ini adalah baby sulung dan besar, proses bersalin mengambil masa 1 jam. Alhamdullillah, tepat pukul 7.06 malam, nad selamat melahirkan baby boy seberat 3.36 kg secara normal (+ induce...)..Masa tu, berasa letih bercampur gembira. Dah nampak baby letak atas dada nad. Nurse bawak baby untuk dibersihkan dan Nad terus tertidur sb letih sgt. Tengah Nad tidur tu, doctor dan nurse jahit ape yang patut yer...

Malam tu, Nad dan baby di tempatkan ke wad. Kali nie boleh tidur sama2 baby. Tp nad tak boleh tidur. Sb xpuas tengok baby dan macam tak percaya jer nad lalui semua tu. Gembira sangat2...

Sungguh hebat ciptaan-Mu, Ya Allah.. Allah Hu Akbar!!!...

Sekarang anak nad pun berumur 1 tahun...orang tua2 cakap dah pandai memandai2 dah time ni. Memang cepat masa berlalu...Dah tak boleh panggil baby dah. dah toddler..huhu! Hari2 umie n abah die rindu kat die... :)

~Nad wit luv~

1 comment:

  1. INGIN CEPAT JADI JUTAWAN YUK MARI GABUNG SEKARANG JUGA

    KharismaPokerMenjadiSitusBandarQOnlineTerprcayaIndonesia

    Promo yang diberikan :

    Minimal DP dan WD Rp. 20.000.
    Support bank lokal : BCA, BNI, BRI, MANDIRI, dan DANAMON.
    Bisa dimainkan di iPhone, Android, PC / Laptop.
    Online 24 jam setiap hari meskipun hari libur nasional.
    Memiliki link alternatif : KharismaPoker.net.
    CS nya banyak , jadi pelayanannya cepat.
    Bonus REFERRAL 20% setiap minggunya.
    Bonus CASHBACK 0,5% setiap minggunya.
    Contact resmi kharismaPoker :

    Telp :+85588278896
    BBM;dc7cdd80

    ReplyDelete